Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Posted by Work Hard Play Hard on Sunday, July 11, 2010

JAWATAN KOSONG TERKINIPemohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
JADUAL GAJI : GRED W27
P1T1 RM 1,209.09 – P1T26 RM3,031.64

SYARAT LANTIKAN 
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  (Gaji permulaan : Gred W27 : P1T6) dan
  4. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
JADUAL GAJI : GRED N27
P1T1 RM 1,204.55 – P1T26 RM3,027.10

SYARAT LANTIKAN
  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
    ii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau (Gaji permulaan Gred N27 : P1T5)
    iii. Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
  4. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
    i. tinggi sekurang-kurangnnya 1.57m lelaki dan 1.53m wanita tanpa sepatu ;
    ii. berat badan 48 kg lelaki dan 46 kg wanita
    iii. ukuran dada 79sm biasa dan tarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
    iv. Lulus ujian penglihatan V/6/9 tanpa cermin mata.
    v. pengecaman warna dan pendengaran tidak cacat.
    vi. Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan dan
  5. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
  • (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas ; atau
    (ii) Lulus peperiksaan Khas ; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    Keutamaan akan diberi kepada calon yang berpengalaman di bidang berkaitan.
TARAF JAWATAN : TETAP
KEKOSONGAN : 1 kekosongan setiap jawatan.

CARA MEMOHON
  1. Keterangan lanjut dan borang permohonan serta iklan penuh kekosongan jawatan ini boleh didapati di Bahagian Pentadbiran MPTI. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-
    MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
    YANG DIPERTUA
    MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
    JALAN SPEEDY
    36000 TELUK INTAN
  2. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut P.A.(BAB) A 21.
  3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil persekolahan, keputusan matapelajaran yang diperolehi dan Sijil Kelahiran serta lain-lain sijil yang berkenaan.
  4. Sampul surat yang mengandungi permohonan mestilah ditulis dengan nama jawatan yang dipohon disudut kiri sebelah atas sampul tersebut.
  5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan akan ditolak.
  6. Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
  7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan : sebelum atau pada 16 Julai 2010

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN