1. PEGAWAI PENILAIAN GRED W44
SYARAT LANTIKAN:
- Pegawai Penilaian Gred W41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W44 yang kosong apabila telah:-
a) Disahkan dalam perkhidmatan
b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
c) Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan
d) Diperakui oleh ketua perkhidmatan
CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran passport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
- Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (P.U.(A) 176/2005).
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut:
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO' DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
CATITAN AM:
- Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.
- PIhak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
- Pemohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat diatas dan tidak menyertakan salinan dokumen yang berkaitan dengan lengkap, tidak akan dipertimbangkan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
- Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.